Skip to main content

Posts

Hukum Pelaburan Saham

Kini, ramai mulai sedar kepentingan melabur. Berbanding pelaburan di instrumen yang biasa seperti emas dan amanah saham, semakin ramai kini berminat untuk melabur di pasaran saham. Di antara pendorong utama minat melabur saham ini adalah potensi pulangan yang lebih tinggi. Namun, disebabkan ramai pelabur yang suka membuat spekulasi, ada yang menganggap kegiatan ini bagaikan judi (bermain saham), kerana mengejar kenaikan harga saham tanpa ilmu semata-mata, tanpa berlandaskan jual-beli pegangan aset yang jelas, sememangnya seperti berjudi yang haram hukumnya. Hukum melabur saham, sepertimana yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adalah melabur saham itu harus, tetapi mestilah dalam saham patuh Syariah. Saham patuh Syariah adalah saham yang bebas daripada unsur riba, gharar (kontrak yang samar-samar), judi dan kegiatan terlarang lain. Hukum ini pada dasarnya terbit daripada dua syarat sah jual-beli dalam Islam, iaitu pertama, barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus m
Recent posts

Istilah Dalam Pelaburan Saham

Mempelajari istilah-istilah dalam pelaburan saham adalah sangat penting. Jika kita menceburkan diri dalam pelaburan saham namun tak faham istilah-istilahnya, pasti kita akan pening dalam memahami pasaran saham. Memahami Istilah-istilah ini akan membantu kita menerima maklumat dengan lebih cekap. Antara istilah-istilah dalam pelaburan saham: Buy: Harga pembelian saham yang dibuat. Sell: Harga penjualan saham yang dibuat. Bear trend: Merujuk kepada prestasi pasaran yang menaik / banyak belian / indeks hijau. Bull trend: Merujuk kepada prestasi pasaran yang menurun / banyak jualan / indeks merah. Entry Price: Paras harga yang disarankan untuk beli. Cut Loss: Paras harga yang disarankan jual. Yield:  Dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100% Capital Gain: Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu. Bid: Ia bermaksud apa yang anda sanggup bayar untuk sesebuah saham. Ask: Harga saham semasa yang ingin d

Memahami Konsep Risiko dan Pulangan Dalam Pelaburan

Risiko dan pulangan ialah dua konsep yang saling berkait dalam dunia pelaburan. Secara umumnya, lebih tinggi risiko, lebih tinggilah peluang untuk pelabur menerima keuntungan. Dalam kamus pelaburan, risiko ialah apabila ada kemungkinan pelabur memperoleh pulangan kurang daripada yang diharapkan atau hilang modal pelaburan. Setiap instrumen pelaburan mempunyai risiko dan pulangan yang berbeza. Justeru sebelum melabur, antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah adakah anda sanggup kehilangan modal dalam pelaburan berkenaan dan apakah kemungkinan pulangan yang bakal anda peroleh. Sebagai contoh, jika melabur dalam pasaran saham, anda perlu bersedia untuk kehilangan modal kerana risikonya yang tinggi memandangkan pasaran saham mempunyai volatiliti yang agak tinggi. Bagaimanapun, pasaran saham juga menjanjikan pulangan yang agak tinggi kerana pelabur berpeluang menerima keuntungan modal jika harga seunit saham meningkat dan mungkin juga menerima dividen sekiranya syarikat mencatat keunt

Saham dan Judi

Mungkin ada yang bertanya, tentang saham. Ada yang masih keliru, samada melabur dalam saham ni boleh atau tidak. Selalu kita dengar orang sebut ‘main saham’. Barangkali inilah yang merisaukan sesetengah pihak. Bukan main saham, tapi sebenarnya melabur dalam pasaran saham. Maka dalam kesempatan ini mari kita tengok secara ringkas, tentang kaitan saham dan beberapa syarat sah jual beli dalam Islam : Pertama: Barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus) manfaatnya. Dari sini, barang yang haram pemanfaatannya seperti arak, babi, dan seumpamanya maka tidak boleh diperdagangkan. Justeru, dalam pelaburan saham, jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Di dalam bursa Malaysia terdapat 700 kaunter saham yang patuh syariah dan boleh diidentifikasi dengan mudah dalam platform dagangan atau “trading platform” dengan tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai. Kedua : Barang dan wang m

Labur bukan Lebur

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, ramai di antara kita yang mungkin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya yang berada di bandar-bandar utama Malaysia. Ada yang buat kerja separuh masa seperi penghantar makanan dan seangkatan dengannya. Ada jugak yang terpedaya dengan skim cepat kaya yang mana ramai yang terkena dengan janji-janji manis yang ditabur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh. Skim ni yang menjadikan keadaan golongan yang tersepit dengan keadaan ekonomi ni mudah terpedaya untuk mendapatkan keuntungan dengan lebih cepat. Ada duit RM500 di'labur'kan pulak kepada malaun-malaun ni. Habis lebur. bertambah tekanan hidup. Haishhh.. Bagaimana nak tahu skim cepat kaya?  Menjanjikan  pulangan tetap. Menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh singkat Menceritakan  hanya keuntungan tanpa sebarang risiko kerugian. Dan banyak lagi yang mana seolah-olah ianya pasti untung. Hehehehe.. Istilah pelaburan yang sebenar.. "Rugi itu past