Namun, disebabkan ramai pelabur yang suka membuat spekulasi, ada yang menganggap kegiatan ini bagaikan judi (bermain saham), kerana mengejar kenaikan harga saham tanpa ilmu semata-mata, tanpa berlandaskan jual-beli pegangan aset yang jelas, sememangnya seperti berjudi yang haram hukumnya.
Hukum melabur saham, sepertimana yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adalah melabur saham itu harus, tetapi mestilah dalam saham patuh Syariah. Saham patuh Syariah adalah saham yang bebas daripada unsur riba, gharar (kontrak yang samar-samar), judi dan kegiatan terlarang lain. Hukum ini pada dasarnya terbit daripada dua syarat sah jual-beli dalam Islam, iaitu pertama, barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus manfaatnya) dan kedua, barang dan wang yang terlibat dalam transaksi mestilah diketahui dengan jelas sumbernya.
Untuk saham, asalkan syarikat yang kita laburkan itu adalah patuh syariah, tiada masalah kerana ianya telahpun melalui proses yang ketat untuk tentukan sama ada syarikat tersebut patuh syariah ataupun sebaliknya.
Bagi orang awam, cukup untuk kita laburkan dalam saham yang patuh syariah dan elakkan daripada labur dalam saham ataupun kaunter yang tak patuh syariah. Setakat ini, ada lebih 70% kaunter yang ada dalam Bursa Saham ini adalah kaunter yang patuh syariah. Jadi, memang satu peluang untuk anda membuat pelaburan dalam kaunter-kaunter ini dan mengharapkan ada pulangan daripada pelaburan tersebut.
Comments
Post a Comment