Kini, ramai mulai sedar kepentingan melabur. Berbanding pelaburan di instrumen yang biasa seperti emas dan amanah saham, semakin ramai kini berminat untuk melabur di pasaran saham. Di antara pendorong utama minat melabur saham ini adalah potensi pulangan yang lebih tinggi. Namun, disebabkan ramai pelabur yang suka membuat spekulasi, ada yang menganggap kegiatan ini bagaikan judi (bermain saham), kerana mengejar kenaikan harga saham tanpa ilmu semata-mata, tanpa berlandaskan jual-beli pegangan aset yang jelas, sememangnya seperti berjudi yang haram hukumnya. Hukum melabur saham, sepertimana yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adalah melabur saham itu harus, tetapi mestilah dalam saham patuh Syariah. Saham patuh Syariah adalah saham yang bebas daripada unsur riba, gharar (kontrak yang samar-samar), judi dan kegiatan terlarang lain. Hukum ini pada dasarnya terbit daripada dua syarat sah jual-beli dalam Islam, iaitu pertama, barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus m