Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Memahami Konsep Risiko dan Pulangan Dalam Pelaburan

Risiko dan pulangan ialah dua konsep yang saling berkait dalam dunia pelaburan. Secara umumnya, lebih tinggi risiko, lebih tinggilah peluang untuk pelabur menerima keuntungan. Dalam kamus pelaburan, risiko ialah apabila ada kemungkinan pelabur memperoleh pulangan kurang daripada yang diharapkan atau hilang modal pelaburan. Setiap instrumen pelaburan mempunyai risiko dan pulangan yang berbeza. Justeru sebelum melabur, antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah adakah anda sanggup kehilangan modal dalam pelaburan berkenaan dan apakah kemungkinan pulangan yang bakal anda peroleh. Sebagai contoh, jika melabur dalam pasaran saham, anda perlu bersedia untuk kehilangan modal kerana risikonya yang tinggi memandangkan pasaran saham mempunyai volatiliti yang agak tinggi. Bagaimanapun, pasaran saham juga menjanjikan pulangan yang agak tinggi kerana pelabur berpeluang menerima keuntungan modal jika harga seunit saham meningkat dan mungkin juga menerima dividen sekiranya syarikat mencatat keunt

Saham dan Judi

Mungkin ada yang bertanya, tentang saham. Ada yang masih keliru, samada melabur dalam saham ni boleh atau tidak. Selalu kita dengar orang sebut ‘main saham’. Barangkali inilah yang merisaukan sesetengah pihak. Bukan main saham, tapi sebenarnya melabur dalam pasaran saham. Maka dalam kesempatan ini mari kita tengok secara ringkas, tentang kaitan saham dan beberapa syarat sah jual beli dalam Islam : Pertama: Barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus) manfaatnya. Dari sini, barang yang haram pemanfaatannya seperti arak, babi, dan seumpamanya maka tidak boleh diperdagangkan. Justeru, dalam pelaburan saham, jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Di dalam bursa Malaysia terdapat 700 kaunter saham yang patuh syariah dan boleh diidentifikasi dengan mudah dalam platform dagangan atau “trading platform” dengan tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai. Kedua : Barang dan wang m

Labur bukan Lebur

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, ramai di antara kita yang mungkin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya yang berada di bandar-bandar utama Malaysia. Ada yang buat kerja separuh masa seperi penghantar makanan dan seangkatan dengannya. Ada jugak yang terpedaya dengan skim cepat kaya yang mana ramai yang terkena dengan janji-janji manis yang ditabur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh. Skim ni yang menjadikan keadaan golongan yang tersepit dengan keadaan ekonomi ni mudah terpedaya untuk mendapatkan keuntungan dengan lebih cepat. Ada duit RM500 di'labur'kan pulak kepada malaun-malaun ni. Habis lebur. bertambah tekanan hidup. Haishhh.. Bagaimana nak tahu skim cepat kaya?  Menjanjikan  pulangan tetap. Menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh singkat Menceritakan  hanya keuntungan tanpa sebarang risiko kerugian. Dan banyak lagi yang mana seolah-olah ianya pasti untung. Hehehehe.. Istilah pelaburan yang sebenar.. "Rugi itu past